Ohh, It's scared to see the ending ~
While we pretending ~
This is nothing ~
Dalam asyik mendengar lagu tu, tiba-tiba mula kembali terpanggil untuk menulis. Ya, memang agak lama menyepi sejak tulisan Pengalaman Alami Alam dan 2013 Sebuah Kejutan. Pelbagai rasa yang sudah RKI lalui. Dari sudut pengalaman, semakin hari semakin seronok berjalan di muka bumi yang serba indah lagi permai. Namun setiap yang ditempuh pastinya ada naik turunnya. Satu yang unik setakat ini adalah tahun 2013 itu sendiri di mana tahun ini banyak memberi rasa yang baru dalam hidupku. Mana tidaknya, ada saja kenangan-kenangan yang lain dari kebiasaan menyusup masuk dalam skrip RKI, skrip yang sentiasa bersambung dan bertembung sehinggalah bertemunya pengakhiran sebuah jasad.
Kekuatan inilah yang ingin dikongsikan bagi memberi nafas dan suntikan kepada kamu yang sudah mula menjumpai makna hidupmu sendiri. Selagi berdaya, teruskan melangkah kerana kamu, dia, mereka, dan kita semua, mampu melakukannya selagi kita berusaha, terus mencuba.