Tin Besar

Tin Tong

Khamis, 10 Januari 2013

Pengalaman alami aman

Apa khabar kalian yang rindunya dalam? Semoga dirahmati Tuhan hendaknya. Kepada pembaca yang sudi menanti dan menunggu tulisan daripada teman, teman ucapkan terima kasih. Allah yang mampu membalas jasa kamu semua.


Detik yang sedang kita lalui ini adalah fasa sisi kehidupan yang janggal buat kita. Mungkin anda merasakan fasa janggal ini seperti biasa tetapi tidak pada saya. Saya merasakan kehadiran hari demi hari ini sebagai satu naskhah skrip yang tidak pernah habis-habis. Apa yang bakal dilalui esok? Mana laluan kita untuk hari ini, semalam dan mendatang?


Soalan demi soalan terus-menerus timbul lantaran manusia memang fitrahnya suka mencari, menyoal dan meneroka rahsia alam. Seperti kata bijak pandai, "... teruskan melangkah andai melihat kehebatan itu." Kehebatan apa yang bijak pandai ini maksudkan? Teruskan berjalan untuk mengetahui jawapannya. Pesan saya, "berjalanlah sambil melihat sekeliling..."

Khamis, 3 Januari 2013

Kembalikan Langkahmu

Baru kesedaran itu timbul tatkala aku lalui pelbagai perkara kini. Dari terbit fajar hingga terbenam matahari, dari celik mata hingga pejamkan mata, aku harungi laluan ini. Ya, adakalanya aku hadapi dengan senang, tidak sukar malah aku tempuhi dengan kesenyuman. Namun, tak selalunya hari cerah. Langkahanku makin layu dan kaku lantas aku terpaku. Terkadang aku bisikkan pada diriku, "Hai manusia. Ruginya kamu tak gunakan masa dan tenaga yang ada ini untuk terus berkarya, terus berkerja dan terus bersemangat berkongsi apa yang kamu dapat sepanjang hidupmu?" Persoalan dan bisikan itu aku selalu lakukan buat diriku namun mengapa aku masih tak berganjak?

Fikirku lagi, "Mungkin aku sedang menyusun fail-fail yang dah berselerak kini atau... mungkin aku sedang tarik nafas di jeda ini dan mulakan kembali langkahan bertenaga, awal episod baru." Persoalanku sudah terjawab dengan masuknya tahun 2013. 2013, aku di mana agaknya?


Sebuah jawapan
yang
adanya masih belum

Tin Klik-Kluk