Meniti kehidupan yang indah. Kadangkala terfikir di benak otakku ini, seakan tiada cabaran bagi insan yang bergelar manusia. Sekiranya manusia itu tidak melakukan sesuatu yang mampu membuatkan dirinya diingati, atau bahasa kasarnya membuat satu sejarah dirinya untuk dikenangi oleh semua orang. Tak kiralah sama ada untuk diingati oleh negara pada umumnya, maupun diingati oleh rakan-rakan seperjuangannya sahaja.
Bagiku, cabaran utama yang menjadi kesukaanku ialah memahami hati budi insan yang belum kita kenal. Emm… Inilah perkara yang selalu menari-nari di fikiranku. Malah, perkara ini juga sering menjadi masalah diriku. Kerana aku sering bingung dengan pendapat orang ramai mengenai insan yang aku belum kenal sebelum ini. Ainisda namanya. Seorang remaja berumur 21 tahun tetapi berperangai seakan kebudak-budakan. Bertudung serta manis dengan senyuman orangnya. Aku masih tak faham lagi dengan perangainya. Tambahan pula, aku belum sempat lagi berborak dan berkenalan dengannya. Bodohkan aku? Suka seseorang tapi tak berani nak luahkan. Aku cuma suka dan tertarik dengan alis matanya serta senyumannya yang memukau jiwa. Tapi aku masih berdiam diri. Ye lah, aku hanya mendengar cakap-cakap orang saja.
Hari yang mendatang pun menjelma dengan perasaan yang baru. Yang segar lagi bertenaga. Hari ini! Aku berazam untuk mengenali Ainisda secara “in personal” dengannya. Aku nak lihat samada apa yang aku dengari dari pendapat-pendapat orang dan hasil bancian aku ini, benar atau sebaliknya. Aku juga ingin tahu, apakah perwatakan sebenar diri Ainisda yang aku tidak tahu. Ketika ini. Aku mula terfikir.
Masalah utamaku ialah gugup berkenalan dengan perempuan. Aduh, itulah masalah aku dari dulu. Maklumlah aku ni jenis yang pemalu. Malah, kalau diberi peluang aku berhujah dan bercakap di hadapan orang ramai sekalipun, mulalah peluh-peluh gugup berlari keluar dari tubuhku.
Sedang aku ralit memikirkan bagaimana aku nak mulakan perbualan dengannya, tiba-tiba dia lalu melintasi Fakulti Seni Artistik dan Futuristik. Aku yang masih mencari idea terkebil-kebil resah melihatnya kerana risau terlepas untuk menjayakan misiku pada hari ini.
Pada ketika itu, aku yang masih kelu untuk menyusun kata memberanikan diri untuk menemu bualnya.
“Asyhraff! Kau harus lakukan. Kau perlu berani.”, hatiku berbisik.
Aku terus menegurnya tanpa berfikir dua kali.
“Ainisda, boleh kita berbual-bual kejap?”, bicaraku penuh tertib.
Ainisda tersentak dan terus memaling ke arahku. Dia seakan segan untuk berbicara denganku. Aku menanti dengan penuh harapan. Bagaikan atlet yang impikan kejayaan merangkul emas dalam sukan Olimpik. Harapnya dia mahu berbual-bual denganku.
“Ohh, nak sembang ya? Boleh, apa salahnya.”, kata Ainisda manis bertudung.
Yes! Akhirnya suasana menjadi riuh rendah dek kerana kejayaan atlet merangkul pingat emas tersebut. Syukur Alhamdulillah. Aku dengan gembiranya mengajak
Ainisda minum petang bersamaku. Langkah pertama sudah selesai. Kini masa untuk
aku lebih mengenalinya dari sudut pandanganku sendiri. Tanpa aku perlu hiraukan cakap-cakap orang. Yelah, pengalaman sendiri lebih baik dijadikan rujukan.
Ainisda yang manis bertudung bercerita tentang dirinya. Kami mula kenal mengenali antara satu sama lain. Dari situ baru aku tahu. Mengapa Ainisda berperangai seakan kebudak-budakan. Hal ini kerana dia anak bongsu dari tiga adik-beradik. Manakala aku pula anak kedua dari tiga adik-beradik. Secara kebetulan, setelah mengenali Ainisda, banyak persamaan dan keserasian antara kami. Melalui pendapat orang dan bancian yang aku buat, aku dapati bahawa bukanlah Ainisda ini jenis yang saja-saja membuat manja di khalayak masyarakat. Tetapi itu sememangnya sifat dirinya. Aku jua mula tertarik dengan keayuan Ainisda. Bagiku, dia adalah seorang insan yang istimewa. Tambahan pula, ciri-ciri wanita idamanku ada dalam dirinya.
Aku tersenyum ke langit lalu mengelamun. Memikirkan alangkah indahnya jika dia menjadi pasangan kekasihku. Aku juga membayangkan saat bahagia kami bersama di taman bunga. Berlari-lari di hiasi dengan pelangi yang penuh warna-warni dan diiringi dengan siulan sekawan burung. Tiba-tiba, lamunanku terhenti bak lagu nyanyian Aris Ariwatan. Terlalu jauh aku mengelamun kerana masih terlalu awal untuk aku memikirkannya. Aku pun baru mengenali dirinya. Aneh sungguh! Padahal aku sekelas dengannya dan mengambil kursus yang sama. Sebelum ini pun kami jarang bertegur sapa.
Malah minum petang seperti hari ini juga tiada pernah jadi realiti pun. Tetapi akhirnya hari ini menjadi hari bersejarah dan misiku berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Walaupun tidak seratus peratus, tetapi ini sudah memuaskan hatiku kerana pemerhatian sudah pun di buat. Malah, sedikit hipotesis telah pun berjaya membuktikan analisa ini hampir tepat. Namun, masih banyak hari lagi dan pengalaman perlu dikutip dari liku-liku hidup ini. Bagiku, cukuplah dapat mengenali Ainisda secara berperingkat-peringkat. Biar hari ini menjadi titik permulaan pengenalan segalanya. Aku berharap agar dapat mengajak si manis bertudung ini makan bersama di masa akan datang. Moga tawaranku terhadapnya tidak ditolak. Aku menanti dengan penuh debaran untuk hari yang mendatang.
Tidakku sangka. Esok merupakan hari ketiga aku untuk cuba mengenali insan yang bernama Ainisda ini. Mengenali Ainisda membuatkan aku lebih bersemangat untuk mengutip cebisan-cebisan permata ilmu di sini. Malam ini kurasakan sungguh bahgia. Sedang aku mengelamun seketika memikirkannya, sahabatku datang menyapa aku.
“Alahai Ash. Kau buat pe tu? Duduk mengelamun je aku tengok dari tadi. Tak teringat nak makan ke? Dah pukul 9 ni.”, ujar Fikri.
“Ohhohoi....aku teringatkan budak kelas aku lah. Aku baru je dapat peluang sembang dengan dia tadi.”, aku menjawab.
“Ainisda? Patut lah nampak senyum sampai ke telinga je. Kau ni macam dah angau dengan dia je. Relax dulu bro. Baru je kenal. Aku takut kau kecewa dengan dia pulak nanti.”, Fikri membuktikan dia mengambil berat terhadap aku.
“Thanks sebab ambil berat pasal aku ya…. Aku pun kena kawal emosi. Moga-moga aku tak letak harapan tinggi menggunung. Jom makan! …. Fik. Perut ni pun dah berkeroncong.
Hari yang mendatang pun menjelma dengan perasaan yang baru. Yang segar lagi bertenaga. Cuma kali ini musibah menimpa aku. Aku telah terbangun lambat ke kuliah. Biasalah. Langit tak selalunya cerah. Segera aku bergegas ke kuliah dan aku cuma mampu mencapai segala barang yang hampir denganku. Yang terlihat di mata aku gapai tanpa fikir panjang. Setibanya aku di dewan kuliah, barulah aku sedar. Buku nota dan peralatan tertinggal di hostel. Gelisah menyelinap kalbu. Resah membanjiri perasaan.
Resah gelisahku terbayar apabila Ainisda bersedia untuk meminjamkan penanya serta menghulurkan beberapa keping kertas A4 untukku mencatat nota.
“Thanks Nis… Ash memang dah kusut kepala tadi. Nasib baik Nis tolong Ash.”
“Its doesn’t matter Ash. Nis kasihan tengok Ash resah gelisah je tadi.”, Ainisda menambah.
“Nis… tolong Ash naa… Ash tak pandai sangat nak lukis-lukis ni. Bagi idea pun jadilah.. hehe.”
“Ehh… jangan risaulah.. Ash cakap je okay..”
Padanya telah dikatakan aku. “Alright girl. Thanks sangat-sangat.”
Aku amat bersyukur kerna ada juga insan yang ingin membantu kesulitan yang aku alami. Tambahan pula si jelita Ainisda. Membuatkan jantungku berlari pantas. Degupan kencang itu berlarutan sehingga aku melangkah keluar dari dewan kuliah.
“Ash, kau nak ke mana lepas ni?”, Mat, kawan sekuliah aku bertanya.
“Aku nak ke koperasi kejap. Nak beli roti favourite aku.”
“Ohh… bolehlah kita sekali. Sehala kan? Aku pun nak beli barang sikit.” Mat tersenyum gembira.
“Ayuh kita ke sana Mat.”, aku mengajak Mat.
Sedar tak sedar. Sudah enam hari aku berkawan dengan Ainisda. Aku masih terkenangkan saat Nis membantu aku yang dalam resah gelisah. Impian untuk keluar makan bersamanya masih fantasi. Hati budinya juga masih belum di selami sepenuhnya. Sedangkan aku sudah mula menyimpan perasaan kasih terhadap persahabatan ini. Perlukah aku mengungkapkan kata cinta padanya? Atau sekadar menjadi sahabat selamanya? Bingung dan resah berterbangan di dalam kotak fikiranku.
Resah gelisahku terhenti setelah Nis menegur aku yang sedang rancak minum di kafe. Kali ni Nis membawa sesuatu benda untuk dikongsi dengan aku. Nampaknya seakan hadiah yang berharga buat dirinya. Ketika ini, aku yang sedang bingung memikirkan perasaan kasih sayang terhadapnya mula bertukar menjadi pudar. Seperti Nis tidak pernah menghargai usahaku untuk menawan prisma hatinya. Walhal aku sungguh menghargai Nis sepenuh jiwa.
“Ash…. Ohh Ash. Nape diam seribu bahasa ni? Nis ada buat salah dengan Ash ke? Ni Nis nak tunjuk something kat Ash ni. Marilah sini tengok….”
“Apa dia Nis…? Ash tengah tak ada mood ni. Apa yang Nis nak tunjuk sangat tu?”
“Lawa tak kristal ni? Nis beli dekat kedai aksesori Premium tadi. Mahal tau.”
“Hmm…. Untuk sapalah agaknya yea? Mesti kat someone special right? Untungnya orang tu….”
“Ash. Sok Nis bawa Ash jumpa dia okay? Nis nak kenalkan dengan Ash.”
“Okay Nis. Bawa lah boyfriend Nis tu yea. Ash tak kisah pun. Apa yang kurangnya Ash di mata Nis.”, Aku terus beredar dari kafe.
“Ash…. Nis tak habis cakap lagi. Esok jumpa di kafe pukul 12.00 tengah hari tau. Ash…. Ash…. Dengarlah.”
“Yelah…. Yelah…. Yelah….”, dalam nada yang marah aku beredar.
Kasihan pula aku melihat Ainisda yang ku sayang di tinggalkan begitu sahaja. Ibarat habis madu sepah dibuang.
“Apakah salah Nis sampai aku buat dia begitu?”
“Ahh… Apa aku perlu hiraukan dia. Dia boleh sakitkan jiwa dan ragaku ni senang-senang. Buat apa aku hiraukan dia lagi?”
Tapi yang membuatkan aku musykil, siapakah gerangan insan yang ingin Ainisda kenalkan padaku? Aduhai…. Sungguh kecewanya aku bila reaksi Nis sungguh gembira seperti melihat pelangi pabila aku mengungkapkan “…. Mesti kat someone special right? Untungnya orang tu….”
Kini, genaplah tujuh hari aku kenal Nis. Seorang gadis manis bertudung yang menarik perhatian aku sejak awal semester aku melihatnya. Banyak kenangan-kenangan terindah pernah terlakar bersamanya sepanjang perkenalan kami. Namun, konflik semalam telah membuatkan aku dan Nis seakan bergaduh kecil.
“Hmm… tak salah kalau aku nak marah padanya kerna aku kecewa dengan sikapnya. Senang-senang melukakan hatiku.”, hatiku berbisik.
Saat ini jam menunjukkan 12 tengah hari. Waktu yang Ainisda janjikan untuk aku dan dia berjumpa di kafe. Aku berlalu ke kafe dengan fikiran yang kosong dan bosan. Hampir lima minit menunggunya dengan secawan teh o ais yang hampir habis diminumku, Ainisda pun datang dengan seorang wanita yang aku tidak pernah jumpa. Ketika itu, Nis memperkenalkan padaku.
“Assalamualaikum… Hai Ash. Ni Nis nak kenalkan… Kawan Nis, Amira Sofia. Ira, ini Asyhraff. Kawan rapat Nis dalam kampus ni.”
“Hai, Ira… Saya Ash…”
“Ash, salam perkenalan.”, Amira Sofia menyahut greeting Ash.
“Ehh, emm… jemputlah duduk… Nis… Ira… Tak minum apa-apa ke?”, soalku pada mereka.
“Nis nak air laici. Ira?”
“Ira laici jugak lah… hehe….”
Aku membantu mereka berdua untuk membeli minuman yang mereka hajati tadi. Aku mulai bingung akan kehadiran Amira Sofia ini. Pelik dan hairan menyelubungi fikiran. Setelah selesai membeli minuman bagi mereka, aku kembali duduk di meja kafe, tempat aku menunggu dua sahabat ini. Barangkali mereka sudah lama bersahabat. Nis kemudian memulakan perbualan. Rupanya, Amira Sofia ialah sahabat akrab Ainisda sejak dari sekolah rendah lagi. Mereka terpisah lama setelah masing-masing bersekolah menengah berasingan. Akhirnya, Tuhan menemukan mereka kembali atas kejayaan Ira melangkah masuk ke Fakulti Seni Artistik & Futuristik.
Ketika ini, Nis mengeluarkan hadiah khas buat Ira yang dibawanya. Tidakku sangka, hadiah semalam yang Nis tunjuk-tunjukkan itulah hadiah buat sahabatnya yang disayangi dan atas kejayaan Ira, Nis hadiahkannya. Aku mula berasa malu serta segan dengan Nis. Aku sudah membuat tanggapan yang buruk terhadapnya.
“Jadi, semalam memang Nis saja tunjuk hadiah ni untuk Ash bagi pendapat la yea?”, ungkapku penuh segan dan silu.
“Ya, Ash… Nis nak hadiahkan pada Ira lah. Tapi semalam Ash terus gerak. Tak sempat Nis tanya pendapat. Lagi satu, napa Ash cakap Nis ada boyfriend lain? Nis pun pelik dengan soalan tu.”
“Ohh… maafkan Ash, Nis… Ash… Emm… Ash.. da salah anggap pada Nis. Ash ingat Nis nak hadiahkan pada teman istimewa. Rupanya…”
“Rupanya pada sahabat perempuan Nis yea?”, Nis mencelah.
“Ha’ah… Pada kawan Nis. Maafkan Ash… Ash bersalah atas tuduhan melulu semalam. Nis maafkan?”
“Nis okay jeAsh. Nis tak ada yang special selain Ash… Hehe… lupakan je hal semalam… Okay?
“Jadi Nis, nil ah mamat yang kau selalu ceritakan pada aku tu yea?”, sampuk Ira.
“Yea Ira… Dialah Asyraff tu… Teman yang sungguh rapat dengan Nis. Best kawan dengan dia tau. Alahai, yang selalu aku ceritakan tu.”
“Ohh, Ira, Nis selalu cerita pasal Ash yea? Baiklah Nis… Ash lupakan. Eii, malunya Ash… Hehe…”
“Yerp… Selalu.” , ujar Ira.
“Haa… Taupun malu Ash ni… Lainkali, tunggu la Nis habis cakap dulu.”
Kami bertiga saling ketawa atas salah faham antara aku dan Nis semalam. Ternyata, Nis menghargai aku walaupun aku tak sedari. Peristiwa ini membuatkan aku tumpang gembira atas kejayaan Ira meneruskan pengajian bersama kami berdua.
Bertambah lagi seorang la kawan aku di alam kampus. Tempat yang penuh pengalaman dan kejutan. Sekali lagi, aku tersenyum ke langit lalu mengelamun. Mengimpikan dan bertanya, adakah Nis menyintaiku jua? Hmm… Pandanganku dibuai khayalan di hamparan langit yang indah lagi membiru.