Seakan suasana dan sejarah pada tahun 2016 kini kembali berulang. Cuma bezanya kali ini berlaku di awal tahun. Di permulaan diari tahunan seseorang dan dulunya ketika penulisan bertajuk Ku Berlayar Tanpa Angin.
Nah, kali ini mungkin aku perlukan laluan baru dalam hidup, perlu merenung kembali dan muhasabah diri atas sebarang perancangan yang hendak dilakukan. Aku kena sedar dan bingkas bangun kerana masanya semakin suntuk. Walaupun aku baru saja kehilangan kekasih, namun aku perlu akur bahawa mungkin tiada keserasian antara kami. Dan apalah daya andaiku ingin menyuruh beliau untuk terus berlayar bersamaku andai kebahagiaan tidak meresapi dirinya?
Buat diri yang sering diuji dengan dugaan sabar dan dugaan komunikasi, aku terima dan redha dengan takdir ini. Mungkin aku perlu ke kelas komunikasi dengan lebih banyak lagi supaya kata-kata dan tindakan tidak disalah erti. Atau, mungkin aku perlu lebih banyak menonjolkan diri dan membuat sesuatu yang ditunjuk secara terang-terangan, bagi memastikan diri tidak lagi gagal dalam komunikasi.
Kadangkala terasa down tapi inilah hakikat kehidupan. Perlulah kuatkan diri walau sudahpun jatuh tersungkur. Mungkin lepas ini aku perlu cari hobi baru dan aktiviti yang lebih supaya dapat merawat jiwa yang terhiris.
Sambil menaip dengar lagu dimainkan di Youtube.
OST Filem Tenggelamnya Kapal Van der Wijck Nidji - Nelangsa (2014)
Nidji - Hidup Tanpa Cintamu (2014)
Exist - Bunga (2010)