Tin Besar

Tin Tong

Selasa, 31 Disember 2019

2020 - Sudahkah Anda Bersedia?

Tahun 2019 sudah melabuhkan tirainya. Apa yang sudah kita kecapi itu, adalah sebuah kejayaan yang pernah kita raih, dan apa yang kita gagal itu, adalah sebuah percubaan daripada seorang manusia yang oportunist dalam hidupnya. Anda tidak kerugian, kerana anda telah cuba dapatkan peluang yang ada iaitu; "Sekurang-kurangnya percubaan itu menimbulkan 1% peluang berbanding tidak mencuba apa-apa langsung.

Disini mungkin penamat bagi sebuah tahun yang mencatatkan pelbagai pengalaman, namun esoknya pula merupakan sebuah permulaan bagi diari hidup kita. Adakah anda sudah bersedia?



Jumaat, 22 Februari 2019

Pesan buat Kekasih - 4

Wahai kekasihku yang dirindu, sementara pusaran dunia seakan tempang dengan menyaksikan ada dalam kalangan kita menyatakan bumi ini flat earth dan sebagainya, kamu kena tahu yang ujian selalunya akan datang. Tanpa diundang, tanpa bagi salam. Jadi saya harap kamu kuatkan semangat, kekalkan positif dalam langkah demi langkah dan rajinkan berdoa. Semoga doa-doa yang ada itu dapat mempercepatkan lagi masa untuk kita bersama.

Ingat tau, masanya akan tiba, seandainya roh masih di jasad. Berlatih tabah tau. :')

Tin Klik-Kluk