Tin Besar

Tin Tong

Isnin, 6 April 2015

Perbincangan Mengenai Ego 2

Keseimbangan dalam emosi dan pertimbangan merupakan suatu elemen penting dalam kehidupan manusia. Hal ini demikian kerana dengan wujudnya keseimbangan unsur-unsur positif dan negatif di dalam diri, sudah semestinya dapat mencetuskan kekuatan serta kelebihan yang telah dianugerahkan itu kepada manusia sebagai khalifah di muka bumi.

                Apa yang pasti, setiap keseimbangan itu tidak kekal lama disebabkan beberapa faktor antaranya gangguan rakan di tempat kerja, pergaulan sekeliling yang mengjengkelkan, salah tanggapan orang terhadap diri kita dan pelbagai lagi jenis punca bagi permasalahan ini. Perlahan-lahan meresap sikap ego, secara perlahan jugalah ego itu bertambah nan bercambah. Maka apakah teknik selayaknya untuk mengekang perkara ini?

                 Orang bijak pandai lebih gemar mengambil pendekatan "let it go" ataupun bahasa mudah kebanyakan masyarakat di Malaysia guna pakai adalah "maafkan mereka, teruskan melangkah". Susunan frasa tersebut menerangkan tentang pentingnya konsep memaafkan orang, lantas jangan panjang-panjangkan serta berat-beratkan perkara yang boleh bertolak ansur. Cukuplah sekadar bergaduh di ketika itu sahaja kerana pergeseran pendapat dan kemudiannya kembali berdamai. Pedih sekejap lebih baik berbanding pedih yang halus dan disimpan-simpan. Mana tidaknya, fitrah manusia itu lemah, pasti mengalami masa-masa sukar dalam menangani ego. Kan elok ego tu, "let it go". Ego "let it go" kan?

                 Bukan orang yang biasa tahap keilmuannya sahaja yang lemah dan kurang rasional menangani ego, ada juga golongan akademik serta pelbagai lagi golongan yang boleh ditakrifkan sebagai golongan aristocrat ini mengalami kelemahan yang sama. Namun, kita perlu sedar, perlu berbalik pada akar umbi kita. Sikap... konsep redha adalah sebuah elemen yang tepat bagi memastikan perkara sebegini dapat diatasi. 

                  RKI cuma berpesan, cuba sampaikan apa yang perlu berdasarkan pengalaman, kuliah-kuliah yang telah dihadiri, analisa dan pemerhatian sendiri serta daripada pendengaran pandangan orang lain yang banyak menghadirkan sebuah perasaan dipanggil rendah diri. Tak kata yang teman sendiri dah capai tahap tu, cumanya teman dah berusaha ke arah itu, arah yang baik malah bagus untuk kesejahteraan umat manusia. Cukup-cukuplah menambah golongan yang ego kerana Taman RKI sendiri menganjurkan budaya mencintai serta berkasih sayang pada Pencipta, sesama alam dan makhluk. 

"Apa yang ada hanyalah perantau sepi yang meneruskan
langkah sebelum tarikh luputnya menjelma"



Tin Klik-Kluk