Tin Besar

Tin Tong

Selasa, 23 Februari 2010

Di mana ku cari idea ?

Bagaimana harus ku lakukan untuk mengumpul segala idea? Sedangkan idea datang
tanpa dipaksa. Pergi tanpa disuruh. Singgah tanpa berlabuh. Huuhu.... Bermadah
puitis lagi bertepis pulak aku ni.... Kawan-kawan....
any ideas for traditional script?
untuk bangsawan punya skrip yang aku perlukan. Di harap, aku mampu selesaikan
tugas sebagai mahasiswa yang berjaya. Insya Allah....

MaaS SalamaH Wa IlalliqA'


Shoutul Zakirin....


Berikut adalah sedikit sebanyak pengalaman
yang aku telah lalui sepanjang
bergelar ahli Shoutul Zakirin.

Setelah diduga dengan pelbagai dugaan oleh Allah S.W.T. ,
Shoutul Zakirin berjaya untuk membuktikan bahawa ShoutuZ, mampu berdiri seiring dengan pasukan-pasukan nasyid
dari kampus yang berlainan.
Meredahi liku-liku hari latihan untuk ke peringkat pertandingan amatlah sukar diramalkan.
Sehinggakan aku sentiasa tertanya-tanya.
Sahabat, lepas ni apa nak jadi?
Haaa.... Hal ini disebabkan oleh begitu banyak
cabaran bagi ShoutuZ sehingga menyebabkan ada
diantara kami mula lemah dengan dugaan.
Namun, hasil kekuatan paduan semangat
kami, maka akhirnya selesai juga kami akhiri
penantian untuk berada di pentas
Festival Nasyid Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1431H di Kampus
Puncak Alam.

Sambutan peringkat dua kampus iaitu Puncak Alam dan
Puncak Perdana telah mengetengahkan 13 buah pasukan nasyid dari
serata UiTM di Malaysia telah berhimpun untuk
merebut Kejohanan Festival Nasyid Inter-Campus ini.
Bagi Shoutul Zakirin, kami meletakkan prestasi terbaik dan berusaha ke
arah itu di samping ingin mengutip cebisan pengalaman.
Banyak yang dapat dipelajari daripada Festival Nasyid tersebut.
Diharap, kami, ahli Shoutul Zakirin dapat bertahan dan memperjuangkan
genre nasyid serta memperbaiki kelemahan kami dari semasa ke semasa.

MaaS SalamaH Wa IlalliqA'

Sangkar Puisi Pilihan : A. S. A. R. <-

andai dia di hadapanku,
ku tetap gugup ungkapkan sesuatu,
sentiasa resah membanjiri lidahku,
terketar untuk menyampaikan yang baru.

dia impian,
sandaran penuh pada kehidupan,
membuktikan kecintaan tidak bertepian,
mengukir senyuman puas merindukan.

bisa ku cari permata,
untuk cuba kotakan kata,
yang selalu dianggap dusta,
walau kata terus mata ke mata.

apa mahumu,
aku masih keliru,
untuk terus menagih biru,
dari dirimu yang tetap aku terharu.






Selasa, 9 Februari 2010

Kedinginan Malam Suatu Rahmat Ilahi

Hari yang sungguh indah.. Baru kali ini aku mula merasai 'chemistry' di antara
kami. Kerna kami sebenarnya baru digabungkan dalam masa kurang dari
dua minggu. Kumpulan ini baru ditubuhkan, iaitu kumpulan Sautul Zakirin
(Suara-suara zikir). Dianggotai 6 jejaka iaitu Fadli, E-Z, Abang,
Adib, Akram dan aku sendiri telah berusaha untuk menggalas amanah dan
tanggungjawab bersama. Walaupun kami masih baru dan kurang '
bonding' ,
namun usaha serta latihan demi latihan kerap kami lakukan. Dan untuk sekian
kalinya, malam ini juga kami melakukan rutin biasa. Berlatih di bilik karaoke kolej.
Kami amat lega, bahkan teramat syukur dan gembira kerana program mini konsert
pada 02 Februari 2010 ni dibatalkan. Mengapa sungguh gembira? Kerna kami
masih banyak kekurangan dari segi harmoni dan vokal. Namun, berkat
usaha yang bersungguh pada malam yang dingin dan tenang ini,
kami berjaya menghasilkan harmoni vokal yang baik.
Alhamdulillah, berkat kesabaran semua ahli serta usaha yang mapan,
kami berjaya menghasilkannya.
We finally can project the sound and vocal very well. Cuma perlu
gilap lagi serta latihan yang berterusan untuk
mantapkan prestasi ahli kumpulan. Aku amat berharap, kami mampu bersiap
sedia untuk
first show kami pada Khamis yang akan datang ( 11 Feb 10).
Insya Allah andai semua persiapan berjalan dengan lancar, kami
akan menyajikan yang terbaik untuk irama nasyid UiTM. Moga diperkukuhkan
persaudaraan antara kami dan jadikanlah kami lebih kukuh ikatan
persaudaraannya.(bonding)


MaaS SalamaH Wa IlalliqA'

Jumaat, 5 Februari 2010

Sangkar Puisi Pilihan : Sejuta Kata....

di sini....
bait-bait kataku kau perinci....
di sini....
nadaku kau peduli....
begini....
katamu sungguh masak denganku ini?

cukuplah madahmu tak sudah
kelak punah tak terlelah
cukuplah diriku bonekamu lemah
kelak merana aku tak mampu redah
cukuplah moga kita mampu terdedah
sejuta kata....


Tin Klik-Kluk