090905#Sabtu. hari yang indah menjelma tatkala aku di ajak oleh TEKA Sibling.
first time aku gerak "hangout" bsame mreka. uniknya. perjalanan episod ini
tidak di rancang kerana pelan asalnya hanyalah membeli-belah sambil meluangkan
masa dengan adik-adikku yang tercinta. jenoh berjalan ke sana ke mari. ke hulu ke hilir
ibarat insan yang tiada arah. sempat juga kami ke 2 3 "shopping mall" untuk mencari
barang2 hari raya angah dan acik.
hari yang ceria berlarutan ke petang. aku bersama "adiks" berbuka di restoran yang
menguji kesabaran di bulan al-mubarak ini. servisnya terlalu rendah. kalo di berikan gred,
aku akan bagi 1/10. teruk! setelah happy berbuka, aku di ajak berkaraoke bersama mereka.
aku yang mulanya segan silu tertewas apabila akhirnya aku juga berjoget dan
menyanyikan lagu2 yang ada di "coin slot" itu. tak terhenti di situ. dalam keasyikan melayan
lagu-lagu bersama angah, tak ku sangka. malam sudah pun lewat. aku bersama TEKA sibling n
kengkawan yg len sudah lewat ke apartment kami. riso teman di buatnye. ate, adik2 teman idak
balik lagi. hmm. aku amat bersyukur punya kawan seperti mereka. Ayie, Haziq, Wawa n Sya2.
mereka membantu mendapatkan teksi untuk achik, angah n adik. aku menunggu sehingga
teksi yang berkilauan kekuningan di bawah sinaran lampu jalan bergerak membawa angah, acik dan adik untuk pulang. sementara itu, aku bersama 4 lagi sahabat ku meneruskan kembara
meneroka pengalaman baru. kami berlima sebenarnya seakan ketagih berkaraoke lagi. sepanjang perjalanan yang dingin di tiup bayu malam itu, kami menyanyikan lagu2 yang
dinyanyikan semasa karaoke.
090905 ini memang banyak menguji kekuatan mental
dan fizikal kami semua. berehat di suatu lokasi untuk mengumpul tenaga(mkn n mnum). kami
mnyambung perjalanan kaki yang begitu kental dan kuat ke Quality Hotel untuk sekali
lagi berkaraoke di sana.
halangan seterusnya yang lebih berbeda, salah seorang dari sahabat
kami, risau akan kehadiran berita keluarganya menginap di hotel itu. kami yang keletihan
tak bermaya terpaksa berhati-hati dari setiap sudut pergerakan kami. takut2 terserempak dengan keluarganya. lantas segera kami ke lif yang indah untuk menuju ke karaoke.
#akan bersambung. . . . #