Tin Besar

Tin Tong

Ahad, 24 Mac 2013

2013 Sebuah Kejutan

Dalam pertempuran antara lapang dan sempit, kini magisnya kian menyusul menjelang sempit sudah mula ingin bersahabat denganku. Sebolehnya, biarlah sempit saja yang berada disisiku. Hal ini mungkin hanya harapan pada sempit tetapi bagaimana pula aku? Aku mula mendambakan lapang. Alangkah indahnya kalau masih lapang. Lapang masa, lapang tenaga, lapang minda dan paling penting, lapang rehat. Aku mula merindui lapang.


"Dei macha, apa lu cakap ni?"

"Betul cakap dia. Apa awak cakap ni RKI?"


Bertenang ya para pembaca sekalian. RKI dah bagi kamu semua terkejut ya? Ya, memang lama RKI tak menulis di sini kerana RKI dah mula sibuk dengan pelbagai perkara dan itulah yang dimaksudkan dengan sempit. Memang kini, RKI rindukan masa lapang.

Macam ni....

 Paling tidak pun, dapatlah berehat, main tenis sambil bernyanyi lagu "Ajari Aku". Adalah rasa tenangnya daripada sempit dengan hal-hal yang agak penting sebenarnya. Tapi tak apa, sebab syukur juga dapat rasa kesempitan dan kesuntukan masa ini. Boleh melatih RKI untuk fokus dengan apa yang dilakukan. Setelah teliti artikel terdahulu, teman fikirkan bahawa persoalan dalam Kembalikan Langkahmu ini sudah terjawab sedikit demi sedikit.

Mulanya, teman dah terlepas pada Sayembara Puisi, Cerpen & Novel anjuran ITBM awal Januari 2013 ni, jadi teman ambil inisiatif untuk gandakan asakan dengan mengisi dan menyertai sebanyak mana penyertaan yang ada di Malaysia mahupun di luar negara. Maka tercetuslah pengisian borang pada Pertandingan Filem Pendek Inspirasi P. Ramlee (Februari), Mustafa Davis Photo Challenge (Februari), Kembara Penulis Muda ke UK (Mac)....

Disebabkan terlepasnya peluang menghantar puisi ke sayembara anjuran ITBM itu, maka asakan-asakan berikutnya tercetus ke arah pertandingan serta penyertaan-penyertaan lain kerana bagi RKI, setelah rugi di ITBM, sepatutnya RKI lakukan sesuatu. Alhamdulillah, terkini, andai diizinkan Allah, teman akan berangkat ke Thailand bagi Amazing Thailand Film Challenge (Mac) 2013 bersama seorang rakan. Secara tak langsung, terubatlah hati walau tak berkesempatan mengikut keluarga pergi umrah, (juga Mac, mereka baru berlepas ke Madinah semalam) tak berkesempatan melakukan kembara di bumi UK, tetapi Allah beri peluang menjelajah Thailand. Merasai malah menikmati perbezaan budaya masyarakat lain. Semoga dengan inspirasi hadiah Ilahi ini, melahirkan rasa kesenangan dan ketenangan bukan sahaja kepada teman, tetapi turut dirasa oleh kome-kome semua.  

Khamis, 10 Januari 2013

Pengalaman alami aman

Apa khabar kalian yang rindunya dalam? Semoga dirahmati Tuhan hendaknya. Kepada pembaca yang sudi menanti dan menunggu tulisan daripada teman, teman ucapkan terima kasih. Allah yang mampu membalas jasa kamu semua.


Detik yang sedang kita lalui ini adalah fasa sisi kehidupan yang janggal buat kita. Mungkin anda merasakan fasa janggal ini seperti biasa tetapi tidak pada saya. Saya merasakan kehadiran hari demi hari ini sebagai satu naskhah skrip yang tidak pernah habis-habis. Apa yang bakal dilalui esok? Mana laluan kita untuk hari ini, semalam dan mendatang?


Soalan demi soalan terus-menerus timbul lantaran manusia memang fitrahnya suka mencari, menyoal dan meneroka rahsia alam. Seperti kata bijak pandai, "... teruskan melangkah andai melihat kehebatan itu." Kehebatan apa yang bijak pandai ini maksudkan? Teruskan berjalan untuk mengetahui jawapannya. Pesan saya, "berjalanlah sambil melihat sekeliling..."

Khamis, 3 Januari 2013

Kembalikan Langkahmu

Baru kesedaran itu timbul tatkala aku lalui pelbagai perkara kini. Dari terbit fajar hingga terbenam matahari, dari celik mata hingga pejamkan mata, aku harungi laluan ini. Ya, adakalanya aku hadapi dengan senang, tidak sukar malah aku tempuhi dengan kesenyuman. Namun, tak selalunya hari cerah. Langkahanku makin layu dan kaku lantas aku terpaku. Terkadang aku bisikkan pada diriku, "Hai manusia. Ruginya kamu tak gunakan masa dan tenaga yang ada ini untuk terus berkarya, terus berkerja dan terus bersemangat berkongsi apa yang kamu dapat sepanjang hidupmu?" Persoalan dan bisikan itu aku selalu lakukan buat diriku namun mengapa aku masih tak berganjak?

Fikirku lagi, "Mungkin aku sedang menyusun fail-fail yang dah berselerak kini atau... mungkin aku sedang tarik nafas di jeda ini dan mulakan kembali langkahan bertenaga, awal episod baru." Persoalanku sudah terjawab dengan masuknya tahun 2013. 2013, aku di mana agaknya?


Sebuah jawapan
yang
adanya masih belum

Rabu, 12 Disember 2012

Kahwin

Salam sejahtera ke atas kamu semua.

Topik kahwin merupakan suatu isu perbualan yang menjadi hangat dalam kalangan muda belia lingkungan 20-28. Kadangkala boleh mencecah sehingga umur 30 ke atas. Hal ini mungkin faktor usia yang sudah lanjut tapi masih belum berkahwin lagi.

Bagi teman, memang sukar sebagai lelaki muda di luar sana menghadapi cabaran, masih bujang namun dugaan dan cabarannya makin meningkat. Kasihan juga melihat rakan-rakan teman dan teman terseksa akibat tidak kahwin. Terseksa mata akibat pemandangan yang tak diingini.

Pesanan simple buat kaum hawa, bantulah kami kaum adam untuk tidak rasa sengsara. Kami berharap sangat, anda membantu kami. Kami juga akan bantu anda supaya kita sama-sama tak terseksa dengan pemandangan yang ada. Semoga kami juga, kaum adam dapat memimpin kaum hawa ke jalan yang penuh petunjuk.


Apa khabarnya orang disana? Minggu ini ada dua majlis perkahwinan yang aku tak sempat nak pergi.

Isnin, 19 November 2012

Gaza Selesa Tiada

Salam keamanan buat seluruh manusia yang cintanya dalam pada kedamaian. Sekalung penghargaan dan tahniah kepada kalian kerana masih terus berusaha menyebarkan suara damai di seluruh ceruk-ceruk alam baik di hutan, di pinggiran sungai, di kota, di desa serta di mana-mana sahaja. Taman RKI mendoakan kesejahteraan, moga-moga Tuhan memberkati.


Kawan-kawan, apa pandangan kamu pada rakan-rakan kita di Gaza? Kasihan? Menyayat hati? Hakikatnya bukan mudah, aku sembunyikan gulana gundah, inilah antara bait-bait lagu daripada Malique featuring Black, Teman Pengganti. Ya, itulah hakikat yang harus kita alami tapi susah kita nak percaya. Setiap hari, dibom, setiap hari tak cukup makan, dan kalau bernasib baik pun mereka berkemungkinan sempat rehat bersolat dengan tenang di rumah ketika Isya' sebelum Subuh tiba, sebelum dibedil lagi peluru-peluru pilu.


Kawanku semua, baik yang di laman mahupun di taman, teman ingin mengajak kamu semua ke taman fikiran. Taman di mana kita bersama, termenung sejenak mengenangkan nasib dan masa depan mereka. Bayangkan andai kita yang sedang lalui perkara itu. Barangkali mungkin kita dah tak lalu nak menjamah sekeping roti canai di kedai-kedai ekslusif mamak, apatah lagi meneguk air Milo daripada kedai 7 Eleven. RKI ada terbaca status-status di facebook dan twitter mengenai komen segelintir pihak terhadap usaha boikot produk yang menjana kepada gerakan membedil Gaza ini. Ada yang sokong untuk boikot, ada yang bangkang dan tak kurang juga ada yang kritik secara positif dan secara negatif.

Fitrahnya manusia memang begitu. Mengkritik dan mengatakan sesuatu yang luar batasan jangkauan tenaga mereka. Apa-apapun, itulah hakikat yang kita patut terima. Cuma saya ingin membawa anda ke suatu taman yang lebih indah iaitu taman husnu zon iaitu taman berfikir secara baik. Kita tanamkan fikiran positif pada mereka yang mahu melakukan sesuatu untuk misi kemanusiaan ini. Kita bagi sokongan, dorongan pada mereka. Kalau kita dah yakin sebenar-benarnya yang agenda segelintir pihak ini mungkin ada yang terpesong, barulah kita tegur, kita bimbing, kita nasihati dan cadangkan mereka kembali pada fitrah.

Jadi apa kalian rasa pabila santai di taman husnu zon? rasa atau tidak ketenangannya? Hal itu terpulang kepada kamu, dia, mereka, kita, rasainya bagaimana. Seperkara lagi teman nak kita ingat kembali, sedang Israel membedil Gaza, jangan lupa saudara-mara kita di Rohingya, di Syria, di selatan Thai dan banyak lagi tempat yang masih memerlukan doa kita. Ayuh, kita berdoa dan lakukan sesuatu kerana Allah. Teruskan misi keamanan dan kemanusiaan ini. Biar bertindak bijak, asal tak dipijak.
 

Rabu, 14 November 2012

Skyfall dan Kejora

Apa khabar teman-teman RKI? Dah tengok filem? Filem apa yang sudah kamu tonton minggu ini? Apa? Istanbul Aku Datang? Budak Pailang? Kejora? Ehh, Kejora filem teman yang belum siap lagi. Baru pre-production. heeeE.... Skyfall?

Amboi ngamboii yamboiii.... Masing-masing tengok filem-filem yang menarik, hebat dan cergas. Tahniah buat kalian! Teman lebih gemar nak kongsi pengalaman menonton filem Skyfall. Filem terbaru 007 tu.

This is the end
Hold your breath and count to ten
Feel the earth move and then
Hear my heart burst again
 Itulah antara bait-bait lirik daripada OST siri Bond terkini, Skyfall. Teman sebenarnya tak ikut jejak siri James Bond dari klasik hingga kini. Cuma kali ini, tergerak hati nak tonton Skyfall. Jujurnya, teman masih teruja, malah impaknya masih ada. Lagunya masih berputar di dalam kepala. Aduhai, mungkin ada rasa admire nak bawa watak seumpama itu. Atau mungkin akan ada peluang menjadi pengarah bagi filem-filem seumpama itu. 
 Teruskan menyokong filem-filem tempatan. Majulah industri perfileman negara. (tiba-tiba ada iklan. haha)  

Isnin, 12 November 2012

Jadi Hero Filem Hollywood?

Realiti, dan fantasi.... saling bergabung.... bertemu berjumpa, terasa indahnya dunia.... Takkan sembunyi diri, merintih dari mimpi.... dari mimpi yang tak bertepi....

Amboi RKI, seronok benar kamu menyanyi ya? Itulah masa yang pasti datang kalau kita rasai kegembiraan di balik fantasi yang sebenarnya realiti dan disulami dengan realiti-fantasi, saling berkait rapat selayaknya. Pastinya hari ini manis bagi kalian. Harapan saya begitulah hendaknya. Namun, apa yang RKI lalui hari ini?

"ceritalah.... ceritalah...."

"share with us, friend's...."

Teman hari ni dilanda gencatan letrik. Bukan gencatan letrik, tapi sekatan eletrik. Habis satu rumah kawan teman ni tak ada elektrik dari pagi sampai malam. Apa terjadi sepanjang tu? Teman layan rasa hidup bersederhana. Layan kegelapan pada malam hari dan yang indahnya adalah kami berkarya dalam kegelapan. Ada yang bermain gitar, dan ada pula yang mengambil gambar lilin serta bereksperimen dengannya.

Pendek kata, hidup perlu diteruskan. Paling penting pabila kita alami kesusahan, kita kena selami dan dalami. Teruskan hidup kalian ya.

Taman RKI. Taman Ruangan Konklusi Idea.

Tin Klik-Kluk