Tak tahu kenapa tapi aku merasakan yang petang ini sangat segar... sangat syukur... sangat bertuah kerana dikelilingi insan yang baik-baik ini. Dalam perbincangan kami di meja kafe itu aku terbawa pada satu nuansa pemikiran bahawa setiap dari kita, adalah insan yang mempunyai impian dan cabaran yang berbeza.
Dalam erti kata lain, bukannya kita nak merungut dalam hidup, cuma kita nak cari tempat melepaskan lelah yang kita hadapi. Setidaknya, adalah kenalan yang sudi mendengar, jika dibandingkan dengan memendam rasa terlalu lama dalam diri. Demikianlah senario hari ini. Sebuah cetusan rasa yang memberi refleksi diri buat RKI setidaknya secara consious, dan buat mereka secara unconcious mind nya.
Mana tidaknya, masing-masing terbit senyuman dan rasa ceria setelah selesai berceloteh, sehinggakan kami masing-masing tidak memesan air mahupun kuih buat kunyah-kunyah pun. Sebagai seorang manusia yang selalunya meletakkan diri sebagai seorang sang kembara, aku sebenarnya dah lama tak rasakan perasaan ini.
Lebih-lebih lagi, ada seorang watak comel yang hadir dan sertai perbualan kami tadi. Sejujurnya sudah lama RKI tak rasakan perasaan bunga-bunga seperti ini. Paling penting, untuk tidak merasakan hampa dan sia-sia, sempat ku pohon nombor telefonnya buat kami saling berhubung.
Setidaknya aku masih mencuba... dan semoga ada hasil kali ini.
Siapa tahu, inilah permulaan baharu di ketika berbeza kan? :)
pssst: n/p Menunggumu - Peterpan feat Chrisye