Setiap manusia ada cita-cita. Dalam cita-cita itu, tentunya perlu cipta peluang dahulu bagi melengkapkan cita-cita yang telah ditanam tadi. Namun persoalannya, jika tiada cinta (yakni minat) dalam menghasilkan peluang, mana mungkin kita akan mencapai cita-cita itu. Betul tak?
Hal ini sering bermain dalam pemikiranku, lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan suasana perbincangan mendahulukan sesuatu atas sesuatu. Sedangkan dalam ketiga-tiga perkara ini, adanya penyambungan bagi menghasilkan matlamat utama, atau ultimate.
Namun begitu, perkara diatas adalah perbincangan yang kadangkala tiada titik noktah. Jadi pabila menjerumus ke takat itu, diri ini lebih cenderung memilih pesan yang pernah diberikan oleh pensyarah Bahasa Itali suatu ketika dahulu. Piermauro menyatakan, "Tak apalah, itu pendapat dia. Pasti, orang lain pendapat."
Jadi disini RKI akan ambil pertimbangan untuk tidak memanjangkan perbincangan. Cuma dalam satu keadaan lainnya, RKI akan berikan perspektif berbeza supaya kita sebagai manusia sedar, yang kita punya masa... dan masa tak pernah menunggu kita. Hal itu lebih merisaukan daripada impian yang kita idam-idamkan. Boleh jadi kita rasa sempat, tetapi rupanya masa telah merampas hak yang kita inginkan, iaitu sebuah kehidupan.
Jadi bagaimana pandangan anda? Mungkin boleh kongsikan bersama RKI. Lama rasanya tak menulis blog, malah bertukar pandangan di sini. :)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan