Tin Besar

Tin Tong

Selasa, 30 Ogos 2011

Blog RKI Sembang Raya

Salam raya buat kamu semua,
keluarga, perantau, pembaca,
penjual, pendidik, pemberi dan
segalanya termasuk pembaca
Blog RKI ini.

Di kesempatan yang sebenarnya memang tak berapa
sempatlah, teman nak bagi hadiah sikit buat orang
yang masih datang ke laman RKI ini, bersila,
sambil makan kuih kayu buruk.
Minum air sirap, makan rendang daging, layan orang
datang rumah tetapi masih ziarah RKI lagi. Teman nak
cakap sebanyak baris yang boleh. Cuma dah sebab
raya ni, teman nak kurangkan cakap. Untuk tu,
sebenarnya nak bagi senyum ni haa, : )
nah, teman nak hadiahkan. Ni nak ganti cakap
banyak yang tak boleh habis kerana suka
merepek sambil kunyah kerepek.

Raya dah tiba.... yeayy!

"tadi kome kata nak cakap sikit?"

Ye.... ye..... Ate teman dah nak ghenti ler cakapnya ni.
Oleh tu, jom layan Filem Pendek hasil daripada
CST Production. Khas Raya 1432H = 2011 kini.





Sebelum teman mengundur diri, teman nak bagi juga
hadiah yang teman kata tadi. Sebungkus kuih
pantun Ku, khas buat anda. Maaf segala. Moga jumpa
lagi dengan sembang dan cerita-cerita merapu bak
kerapu ni. Layan raya sambil ingat kuih raya dan
ketupat, milik siapa ya.... :D


Pantun Ku
Ku titis kesedihan buat perpisahan Ramadhan,
Ku pujuk jiwa buat kemenangan Syawal,
Ku lakar senyuman buat syukuri kemeriahan,
Ku lagukan suara buat takbir terawal.

(ABAH, Syawal 1432H, 2011)

Jumaat, 26 Ogos 2011

Fakta Yang Nyata Edisi 2

Dalam agama yang Syumul(yakni Islam), kita dapat
lihat keindahan alam semesta dengan mata dan
sudut pandang yang lebih berbeza. Keindahan yang
tiada tandingnya. Tahukah anda siapa pemilik alam ini?
Adakah anda kenal? Mari, kita kenali pemilik alam
kita ini. Caranya? Mudah sahaja. Anda hanya perlu
buka Asma Ul-Husna . . . . Bagi yang bukan Islam,
anda boleh kaji akan namanya dengan membuka
laman ini. Keindahan serta anugerah yang tak ternilai
di muka bumi, sebenarnya bertitik tolak daripada
kemanisan Asma Ul-Husna, iaitu
nama-nama Allah S.W.T.

Barangsiapa menghafal nama-nama Allah
(yakni Asma Ul-Husna), maka dia peroleh ganjaran
syurga. Kewajarannya, andai kita amalkan serta
hafal nama Allah, sudah pasti kita akan rasa
takut dan berhati-hati melangkah kaki di dalam
dunia yang penuh bergelora ini. Secara tidak sedar,
kita mengelak daripada melakukan dosa sama ada
yang kering mahupun dosa-dosa besar.
Itulah yang dimaksudkan dengan ayat di atas tadi.

Jadi, RKI menjemput anda semua dan diri RKI juga
untuk basahkan lidah kita, mnyebut kalimah-Nya.
Seterusnya, sempena bulan Ramadhan penuh cahaya,
yang bakinya tidak terlalu besar untuk ke bulan
Syawal, marilah kita bersama tingkatkan lagi usaha
kita mencari zat dan cahaya serta keindahan dalam
Ramadhan.




Bibliografi

1) http://mindaislam.blogspot.com/2008/06/khasiat-nama-nama-allahasmaul-husna.html
Encrypted, (2008). Blog Remaja Islam.

2) http://ms.wikipedia.org/wiki/Asmaul_Husna
Penulis Wikipedia, (2011). Asmaul Husna . Wikipedia Ensiklopedia Bebas.

3) http://www.youtube.com/watch?v=WKQmwxFa6pU
Luqmannul88, (2009). The Most Beautiful Asmaul Husna . Youtube.



Isnin, 22 Ogos 2011

Send Your Heart to Me

Dalam kekeringan dakwat pen, teman usaha guna juga
arang untuk menulis pada canting blog ni. Bukan apa,
mungkin ada yang terasa lemas layan sawang-sawang
dan bau unik blog yang dah usang macam RKI.
Berbalik pada tajuk, sebenarnya tajuk tu tak terbalik.
Tapi kita yang terbalik, sebab tak rasa nak
balik rumah. Eh, apa teman cakap melalut ni?
Kata orang Perak, leisyior bebenor ghopenye.
Cakap idak mau renti-renti.

Melihat pada keadaan yang tak berkesudahan, baik teman
sudahkan apa perkara sebenar yang membuatkan arang yang
teman pegang ini bakal digunakan untuk mula
menconteng blog RKI. Untuk pengetahuan semua,
yang di rumah mahupun di luar, yang di dalam
mahupun luar negara, yang di universiti mahupun pusat
berhenti, teman nak sebarkan hasil kerja kasih teman
yang telah hempas-pulas kering-keringan tekak memastikan
projek miliknya terlaksana. Kasih teman seorang yang
berusaha untuk kuat pada dirinya. Setelah tergendala
hampir setahun lamanya, kali ini dia berjaya
keluar dari keretanya yang biasa. Sekarang,
keretanya sangat berbeza. Lain, malah lebih berkilau
berbanding dulu. Dengan masterpiece
Send Your Heart to Me
,
di harap raya anda
nanti tak bosan menonton keindahan suasana jiwa
remaja dalam filem pendek keluaran sulung
Black Roses Production.
Harap anda juga menyokong karya yang akan
di tayangkan di pawagam-pawagam terdekat anda
nanti ya. (cehhh, teman lak berangan lebih-lebih
nak keluar di wayang. Almaklumlah dapat
jadi Penerbit / Producer. heEeee....)





Jangan lupa, tinggalkan kumen anda pada
Credit Theme Song laman sesawang Youtube
2011BlackRosesTV.
Dan kalau rasa suka, bolehlah LIKE padanya menandakan
anda sedia dan redha filem pendek ni sesuai
ditayangkan di pawagam atau auditorium yang
anda sendiri bayangkan ya.

*Menu puasa.... satu sudu jiwa, dua sudu tenang, tiga sudu hati,
empat sudu riang.... *


Jumaat, 22 Julai 2011

Fakta yang Nyata

1/2 kegantangan(yakni ketampanan) Allah berikan
kepada Nabi Muhammad S.A.W.

1/4 pula kepada Nabi Yusuff.

Seterusnya, 1/4 bakinya pula kepada
seluruh umat manusia.



Dipetik dari kata-kata Mutawwif yang membawa
teman menziarahi tempat-tempat indah di dunia.
(Ustaz Win,Mac 2011)

Ahad, 26 Jun 2011

Sabtu, 25 Jun 2011

Diskusi Kerusi Meja Batu

Salam buat kamu yang rindunya dalam pada blog RKI.

Dah berabuk blog RKI ni ya. Mungkin teman dilanggar arus kesibukan Taman Karya. heEeee.... Maaf pada pembaca setia blog yang selekeh ni. Teman hari ni barulah dapat peluang dan ruang, untuk kemaskini entry dan sempat juga lah untukk dengar diskusi ilmu antara pelajar IPTA. Sejujurnya teman gemar mendengar percanggahan pendapat, ideologi dan pelbagai lagi perkara yang boleh dijadikan debat. Oppss.... yoppss.... jangan fikir negatif ya kawan. Teman bukan suka tengok orang bergaduh, tapi suka tengok orang melontarkan pendapat, bagi idea dan menegakkan pendirian diri sendiri dalam sesuatu perkara. Tadi masa lepak-lepak kerusi batu kat kolej, dapat peluang rasai kehangatan berdebat ini.

Masing-masing nak tegakkan pendapat. Yang sebelah pihak kata bagus Pro M ni, yang sebaliknya kata Pro Aspirasi bagus. Bagi teman, dua-dua ada positif ada negatifnya. Cuma yang nyata, kita yang hidup ni kenalah pandai seimbangkannya. Tiada dalam dunia ni, positif, positif saja... dan tiada dalam dunia ni, negatif, negatif saja. (Masz Hamzah, Cinematic Communication, 2011) Teman dapat dengar sampai kesimpulannya tadi. Puas hati plus seronok. Yeayy!

Sekarang, kesimpulannya ialah, mana pilihan kamu? Pro M atau Pro A ? Jawapan di ruang kumen bawah. Silakan. Hahhaiii....



*Taman Karya = Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik

Guys! OMG. The new #SamsungGalaxyS2 is finally here! I can't wait to get myself one today!


Ahad, 29 Mei 2011

Rezeki Allah

Lama teman idak bukak web Nuffnang. Lepas seronok jadi cikgu ajar kawan buat Nuff dan ChurpChurp, teman pun saja lah gatal jari pergi taip dan klik nak bukak Nuff... dengan harapan moga-moga adalah rezeki bertambah. Sekali, haa,
Digi Wwwow Award ambik hang! Alhamdulillah, bertambah juga matawangnya. Cumanya, belum boleh berangan lagilah nak dapat cek dari Nuff. Apa-apa pun, syukur! Rezeki Allah. Terima kasih segalanya.


Anda bagaimana?
Ada yang teringin nak cuba?
Apa-apa kemusykilan, boleh tanya.
Sedia membantu. yeayy!


How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Tin Klik-Kluk