Tin Besar

Tin Tong

Jumaat, 26 Ogos 2011

Fakta Yang Nyata Edisi 2

Dalam agama yang Syumul(yakni Islam), kita dapat
lihat keindahan alam semesta dengan mata dan
sudut pandang yang lebih berbeza. Keindahan yang
tiada tandingnya. Tahukah anda siapa pemilik alam ini?
Adakah anda kenal? Mari, kita kenali pemilik alam
kita ini. Caranya? Mudah sahaja. Anda hanya perlu
buka Asma Ul-Husna . . . . Bagi yang bukan Islam,
anda boleh kaji akan namanya dengan membuka
laman ini. Keindahan serta anugerah yang tak ternilai
di muka bumi, sebenarnya bertitik tolak daripada
kemanisan Asma Ul-Husna, iaitu
nama-nama Allah S.W.T.

Barangsiapa menghafal nama-nama Allah
(yakni Asma Ul-Husna), maka dia peroleh ganjaran
syurga. Kewajarannya, andai kita amalkan serta
hafal nama Allah, sudah pasti kita akan rasa
takut dan berhati-hati melangkah kaki di dalam
dunia yang penuh bergelora ini. Secara tidak sedar,
kita mengelak daripada melakukan dosa sama ada
yang kering mahupun dosa-dosa besar.
Itulah yang dimaksudkan dengan ayat di atas tadi.

Jadi, RKI menjemput anda semua dan diri RKI juga
untuk basahkan lidah kita, mnyebut kalimah-Nya.
Seterusnya, sempena bulan Ramadhan penuh cahaya,
yang bakinya tidak terlalu besar untuk ke bulan
Syawal, marilah kita bersama tingkatkan lagi usaha
kita mencari zat dan cahaya serta keindahan dalam
Ramadhan.




Bibliografi

1) http://mindaislam.blogspot.com/2008/06/khasiat-nama-nama-allahasmaul-husna.html
Encrypted, (2008). Blog Remaja Islam.

2) http://ms.wikipedia.org/wiki/Asmaul_Husna
Penulis Wikipedia, (2011). Asmaul Husna . Wikipedia Ensiklopedia Bebas.

3) http://www.youtube.com/watch?v=WKQmwxFa6pU
Luqmannul88, (2009). The Most Beautiful Asmaul Husna . Youtube.



Tiada ulasan :

Tin Klik-Kluk