Tin Besar

Tin Tong

Khamis, 14 Januari 2016

Ku Berlayar Tanpa Angin

Seperti tiada arah dan tujuan. Dalam kekalutan yang ada ini, perlulah bingkas dalam meneruskan hidup. Jangan risau, kecewa pada manusia hanyalah sementara, tetapi kecewa di hari muka lebih menyedihkan. Pernah suatu ketika, teman memujuk diri dengan berjalan sejauh mungkin. Kalau tidak kerana penat dan pening tak tentu arah tujuan, teman akan teruskan berjalan. Bagi teman, itulah cara untuk merembeskan keluar segala kekusutan yang ada. Dah diri terasa petak, why not have some rest for our own right?

Tidak salah untuk meletakkan diri pada ruang rehat yang optimum. Yalah kan, siapa yang memahami kita seadanya selain Allah? Mungkin manusia yang ada disekeliling juga sampai suatu masa nanti akan pergi meninggalkan kita dan sudah bosan dengan corak pemikiran kita. Apa yang ada, kekuatan rohani kita untuk terus bersemangat menempuh hari-hari yang mendatang. Namun begitu, jangan kamu lupa ada insan yang mungkin memerlukan kita untuk menyuntik semangatnya kembali. Andai dapat dikenalpasti insan itu disekelilingmu, ayuh bingkas bantu dia.

Bantulah dari sudut apa sekalipun, yang penting dapat ukir kembali senyuman diwajahnya. Macam RKI sekarang, ada sorang rakan yang menghilangkan diri. Sudah lama... dan RKI masih mencarinya hingga kini. Risau sebenarnya disebabkan beberapa perkara yang tak perlulah dinyatakan disini. Isi utamanya adalah misi untuk cheer up dia seadanya, sebab rasa rugi sangat, dia seorang yang berpotensi untuk pergi lebih jauh. Macam RKI juga punyai certain hard time yang sukar dibendung juga, lately. Apa yang buatkan genggaman itu teguh untuk bingkas bangun adalah dengan simulasi memberi semangat pada diri sendiri. Itu antara satu kunci kejayaan RKI buat masa ni. Dan jangan pula kamu terus-terusan merisaukan soal cakap-cakap manusia yang tak kesudahan itu. Cukup sekadar ambil pesan baik dan buruk itu untuk proses muhasabah diri nanti.

Ku berlayar tanpa angin~
Tak menentu arah dan tujuan~
Mencari sang permataku~
Yang menghilang tenggelam~
(Hidup Tanpa Cintamu, Nidji, 2014, Indonesia)

Untuk teman dan seluruh pelawat Taman Ruangan Konklusi Idea, ayuh semangatkan diri kita! :)

*Petak : Adalah kata seerti seumpama stress / kecewa / bengang yang digunakan oleh kamus RKI. :P

Isnin, 11 Januari 2016

Sekelumit Kata Untuk Dirasa

Terkadang RKI berangan-angan bahawa di suatu hari nanti, RKI akan berjaya menjadi seorang usahawan, dapat membantu orang susah, dapat menolong selagi terdaya, dan punyai sahabat yang sangat supportive, saling membantu diri yang serba kerdil ini. Dan bagi sang jejaka, pastinya mengimpikan seorang sang gadis yang mampu mendepani sukar, tawa bersama-sama dalam pengembaraan kehidupan yang dipenuhi dengan cinta keranaNya. Jujurnya, semua orang termasuk RKI impikan pasangan yang cantik, serba serbi sedap mata memandang, sedap akhlak budi pekertinya dan molek tatasusila, sopan santunnya. Namun begitu, rupa dan paras sudah lagi tidak penting seandainya si gadis itu sudi berkerjasama, menjalin ikatan perkahwinan yang sah dan sanggup bertoleransi dengan RKI untuk menempuhi dugaan hidup bersama. Ini saja sudah jadi satu imuniti besar buat sang gadis itu terhadap RKI.

Namun apakan daya, angan-angan yang ada pernah seketika hampir menjadi realiti, dan kini sudah kembali menjadi takdir. Takdir... bahawa pertemuan dan perpisahan pasti ada dalam diri kita, baik sesama keluarga, sahabat mahupun kenalan kita. Ya, amat sukar rasanya ingin menapak semula dalam tahun baru ini (2016) tanpa teman seperjuangan, teman kasih sayang dan teman gurau kasar seorang insan. Keberadaan situasi ini sudah pasti bakal dan mungkin muncul dalam hidup teman dan kamu semua. Walau bagaimanapun, bagi teman, perkara ini sudahpun jadi realiti; sedang melalui fasa move on itu.

Mujur selalu teman bisikkan dalam jiwa sendiri, "pertemuan perpisahan, jodoh, ajal, sudah pasti kita bakal lalui. Maka siap sedialah duhai RKI, bahwa perkara itu tidak mustahil kerana disisiNya jualah segala ketentuan tertulis." Dan mujur juga hati selalu berbisik manis, "cinta itu sentiasa ada, walau di mana dia berada, walau dia lari dengan sesiapa pun, kalau sudah tertulis dia pasanganmu, dia tetap pasanganmu". Sungguh, tiada apa yang dapat melegakan RKI melainkan membelai diri, memujuk manja bahawa Tuhan sentiasa ada buat kita. Dia sentiasa tahu hard time kita, dan selalu memberi tanda dan petanda yang manis, bagi orang-orang yang bersabar dan beriman.

Maka apalah lagi kebahgiaan yang ada di dunia ini dengan kecintaanNya pada kita? Setiap hari diberikan nikmat tak terhingga, setiap pandangan diberiNya kita kelegaan pada perasaan dengan permandangan hijau saujana mata memandang, setiap hembusan nafas terasa segar ditemani unggas berterbangan menyanyikan lagu kicauan merdu.

"It's not that you don't experience fears, it's courage when you experience the fear but keep going." (Kim Do Han, Drama Good Doctor Ep14, 2013, Korea)
"There are two sides to everything." (Kang Hyun Tae, Drama Good Doctor Ep16, 2013, Korea)
"Painful love is still love." (Han Jin Wook, Drama Good Doctor Ep.17, 2013, Korea)  

Beberapa konotasi di atas memberikan sentuhan pada jiwa RKI. Walaupun drama tersebut menceritakan gaya hidup seorang doktor, kisah dan plot yang digarapkan memberikan gambaran sesuatu. Seolah-olah menghembuskan semangat pada RKI. Ya, untuk berjaya dalam hidup, kita mesti menjadi tekun seperti Kim Do Han yang gigih dalam merawat pesakitnya, dan mengambil sedikit ketegasan yang ada pada Cha Yoon Seo yang bertegas dengan sekelilingnya tentang pentingnya teamwork dan sikap tak terlalu kecil hati dengan cakap-cakap orang, tetapi jangan dilupakan ketulusan hati Park Si On yang menganggap dirinya terasing daripada manusia lainnya, tetapi berusaha untuk bersama-sama dalam pasukan untuk selamatkan nyawa pesakit-pesakitnya. Itulah nilai murni yang menjentik perasaan RKI selepas menonton drama Good Doctor ini.

Apa yang pasti, selagi nafas masih berfungsi, pratikkanlah perkara-perkara kebaikan buat sekeliling walau mungkin anda merasakan bahawa anda seorang lone ranger di dunia, tetapi anda tetap punyai Dia yang sentiasa menyayangi dan mencintai anda lebih daripada sayang dan cintanya manusia terhadap anda.

Sabtu, 24 Oktober 2015

Sepetang bersama RKI

Dewasa ini, kita sering melalui pelbagai pekara diluar kawalan kita. Ada antaranya adalah memenuhi permintaan khalayak namun di akhir peristiwa itu khalayak tidak pula mempedulikan usaha yang telah kita lakukan. Oleh kerana usaha itu dilakukan secara tidak sistematik, maka sudah pastilah wujudnya perkara yang menyakitkan hati, dalam erti kata lain, sinonimnya dengan frasa marah / kecewa.

Perkara ini sering berlaku pada individu yang bergelar pelajar. Lebih-lebih lagi di peringkat ijazah sarjana muda dan ke atas kerana manusia yang melalui tahap pelajaran sebegini sudah semestinya mendekatkan diri dengan persekitaran yang kompleks, mendepani senario dealing with crutial obstacles serta berbagai-bagai lagi laluan yang sukar dalam proses melepaskan diri menjadi seorang graduan. Dapat dilihat bahawa gejala ini akan menjerumus kepada simptom kurang sihat akibat kesan tekanan yang memuncak, yang jika tidak dikawal, sudah pasti bakal mencetuskan perbalahan yang kronik, tidak berkesudahan sesama rakan sebaya mereka. 

Oleh itu, RKI dengan rasa rendah diri, menggunakan platform yang ada ini, ingin cuba merungkai permasalahan ini. Pergeseran idea, permasalahan kerja kumpulan serta salah faham antara rakan menjadi punca utama kepada gejala negatif ini. Antara situasi yang RKI dapat rumuskan adalah;

1. Memahami satu sudut pandang (POV) sahaja bakal mencetuskan huru-hara. (Perlu dicerna dengan beberapa sudut pandang yang lain sebagai langkah timbal balik)
2. Memberi kesimpulan sebelum buah perbincangan bakal menimbulkan kepincangan. (Lebih kepada pendekatan jangan melulu dalam berbicara. Fikir, hadam sejenak dan kemukakan semula menerusi percakapan)
3. Menolak bulat-bulat pendapat sekeliling bakal melahirkan tak puas hati / berkata-kata dalam hati@ berkata-kata di belakang / jiwa dendam. (Ini kesan yang amat buruk buat makhluk yang bernama manusia andai tak dibendung)

Rumusan ini dapat dirangkumkan disebalik faktor, analisis, pengalaman lapangan dan pelbagai jenis lagi kaedah lain yang turut RKI teliti dan lalui sendiri sepanjang 16 tahun (sejak usia 8 tahun - 1999, sehingga terkini - 2015). Bukan ingin menzahirkan corak pemikiran narciss tetapi lebih menjurus kepada ihsan sebagai seorang insan iaitu cenderung serta didorong dengan personaliti ideal manusia hebat Nabi Muhammad yang bersikap benar, amanah, menyampaikan & bijaksana. 

Ada rakan RKI pernah mengutarakan kejahatan mesti dibalas dengan kebaikan, walhal beliau sendiri sudah ditindas dan membiarkan diri ditindas. Jelas RKI padanya, nahh, cuba kamu jadi bijaksana dalam perihal ini. Sudah pasti, kamu bakal menikmati ketenangan dalam jiwamu. Hal sebegini memang sukar dihadam, tetapi mudah untuk dibincangkan. 

Oleh itu, untuk perbincangan selanjutnya, bolehlah membuat tempahan slot bicara bersama RKI dengan menghantarkan emel ke habafirst@gmail.com untuk sesi tempahan temujanji dan perbincangan harga bagi 1 slot. Semoga bertemu lagi.

*Ada yang sudi ? Belanja roti telur dan teh o ais pun jadi. :D  

Sabtu, 17 Oktober 2015

Pulangkan azam kami

Setiap masalah bermula dengan manusia dan takdirnya. Ya! Dimas memang melakukan kesilapan dengan menyatakan sesuatu yang tidak patut diumumkannya. Merelakan azam pergi ke tangan Sofea. Azam itu telah membuatkan Dimas tak keruan kerana itulah satu-satunya azimat buat dirinya. Hampir tunggang-langgang dibuatnya lantas apakah yang masih ada pada Dimas?

Hanya kesetiaan, kegigihan dan kekuatan dirinya untuk menyiapkan sebuah arca yang sudah pun menjadi buruk akibat azam tanpa dirinya. Timbul persoalan di jiwa Dimas, apakah Sofea menjaga baik azam Dimas sedangkan Sofea juga sering menyakiti Dimas sewaktu azam masih ada pada Dimas?
Dan apakah Sofea boleh setepat Dimas untuk menjaga azam?

Dimas yang merenung lama arca kembali ke biliknya, baring... dan cuba menyelam perasaannya, sebelum dia kembali menggubah karyanya.

Selasa, 6 Oktober 2015

Layar Ku Berlayar

Aku berlayar di balik kekosongan suasana perpustakaan
Lalu ku biarkan diriku sibuk dengan urusan dan perancangan yang tersergam ada di buku
Buku yang tercatat seribu macam usaha dan congakan hidup untuk ku zahirkan
Dah tiba masa ku hamparkan diriku pada titik kejayaan
Titik kejayaan yang diinspirasikan daripada alunan merdu azan, "marilah menuju kejayaan"


Sebuah iltizam pasti
Ku gumpal, ku genggam erat untuk ku sematkan terus ke lubuk jiwa
Bukan jiwa yang merintih dan mengomel-ngomel lagi
Sebaliknya jiwa yang berani, tegas, dan berpendirian
Dalam bait-bait kata, penulisan, mahupun tindakan
Sebuah kebangkitan daripada tauladan kisah-kisah nusantara
Kebangkitan untuk diri, keluarga dan masyarakat
Maka itulah usaha murni yang perlu dizahirkan
Maka itulah usaha murni yang perlu disokongkan
Maka itulah usaha murni yang perlu dibawakan
Maka itulah usaha murni yang perlu disebarkan







OLEH KAMU,                                                     ,MUKA HELO
          OLEH KAMU,                                ,MUKA HELO
                    OLEH KA MU           MU KA HELO 
                              OLEH KA  MU




6.OKT.2015. 10.58PAGI. SELASA. PTARPuncakPerdana.

Ahad, 5 Julai 2015

Sudah tiga tahun daripada Ramadhan yang unik

Kenangan yang terukir, takkan pernah terpadam. Walau orang tengah sibuk nak bercerita tentang 1MDB, dan mempersoalkan PM Najib kita, atau mungkin mereka seronok membincangkan kisah Puan Rosmah, aku mengelak untuk melayan perkara sebegitu. Sebaliknya aku lebih gemar mengimbau nostalgia, mencarik cantingan manis kenangan itu.


RKI melalui Ramadhan tiga tahun yang lalu dengan pengalaman yang menarik. Ajaib, manis, sayu dan pelbagai rasa. Walaupun kini sudah memasuki tiga tahun, kenangan itu segar. Apa nak dikata, hidup mesti diteruskan. Kita pun makin meningkat usia, berkembang akal mencorak pemikiran. Walau di mana jua kamu berada, Taman RKI tak pernah sunyi dengan kicauan burung, keindahan lady birds dan belalang yang asyik melompat ke sana ke mari.

Ya! Travel, travel juga. Hati-hati membawa diri dan hati. Orang kat sini selalu doakan dia, ingat dia.

Itulah kesempatan yang ada... macam RKI ni, tak ada lagi kewangan yang berpatutan untuk set up travel ke luar negara. Yang ada, cumalah kesuntukan masa dalam mempersiapkan diri bagi projek akhir filem pendek. Projek ni untuk keperluan tahun akhir ijazah, bagi melengkapkan proses penulisan tesis. Harap lepas ni, ada orang sudi nak pledge crowdfunding kitorang ni haa. Tengah risau sebab masih tak cukup dana untuk run production. ( Sudi-sudilah support by pledge us ya! Trimma kassey )

Berbalik pada Ramadhan,

Selagi kita ada masa, dan kesempatan, eloklah banyak-banyak doa. Teman dah cuba doa, beberapa minit sebelum berbuka. Memang mujarab weh! Serius! Cubalah, pasti rasa kemanisan itu. Dan kemanisan itu kembali hadir, pabila Separuh Aku berkumandang.

Isnin, 6 April 2015

Perbincangan Mengenai Ego 2

Keseimbangan dalam emosi dan pertimbangan merupakan suatu elemen penting dalam kehidupan manusia. Hal ini demikian kerana dengan wujudnya keseimbangan unsur-unsur positif dan negatif di dalam diri, sudah semestinya dapat mencetuskan kekuatan serta kelebihan yang telah dianugerahkan itu kepada manusia sebagai khalifah di muka bumi.

                Apa yang pasti, setiap keseimbangan itu tidak kekal lama disebabkan beberapa faktor antaranya gangguan rakan di tempat kerja, pergaulan sekeliling yang mengjengkelkan, salah tanggapan orang terhadap diri kita dan pelbagai lagi jenis punca bagi permasalahan ini. Perlahan-lahan meresap sikap ego, secara perlahan jugalah ego itu bertambah nan bercambah. Maka apakah teknik selayaknya untuk mengekang perkara ini?

                 Orang bijak pandai lebih gemar mengambil pendekatan "let it go" ataupun bahasa mudah kebanyakan masyarakat di Malaysia guna pakai adalah "maafkan mereka, teruskan melangkah". Susunan frasa tersebut menerangkan tentang pentingnya konsep memaafkan orang, lantas jangan panjang-panjangkan serta berat-beratkan perkara yang boleh bertolak ansur. Cukuplah sekadar bergaduh di ketika itu sahaja kerana pergeseran pendapat dan kemudiannya kembali berdamai. Pedih sekejap lebih baik berbanding pedih yang halus dan disimpan-simpan. Mana tidaknya, fitrah manusia itu lemah, pasti mengalami masa-masa sukar dalam menangani ego. Kan elok ego tu, "let it go". Ego "let it go" kan?

                 Bukan orang yang biasa tahap keilmuannya sahaja yang lemah dan kurang rasional menangani ego, ada juga golongan akademik serta pelbagai lagi golongan yang boleh ditakrifkan sebagai golongan aristocrat ini mengalami kelemahan yang sama. Namun, kita perlu sedar, perlu berbalik pada akar umbi kita. Sikap... konsep redha adalah sebuah elemen yang tepat bagi memastikan perkara sebegini dapat diatasi. 

                  RKI cuma berpesan, cuba sampaikan apa yang perlu berdasarkan pengalaman, kuliah-kuliah yang telah dihadiri, analisa dan pemerhatian sendiri serta daripada pendengaran pandangan orang lain yang banyak menghadirkan sebuah perasaan dipanggil rendah diri. Tak kata yang teman sendiri dah capai tahap tu, cumanya teman dah berusaha ke arah itu, arah yang baik malah bagus untuk kesejahteraan umat manusia. Cukup-cukuplah menambah golongan yang ego kerana Taman RKI sendiri menganjurkan budaya mencintai serta berkasih sayang pada Pencipta, sesama alam dan makhluk. 

"Apa yang ada hanyalah perantau sepi yang meneruskan
langkah sebelum tarikh luputnya menjelma"



Tin Klik-Kluk