Tin Besar

Tin Tong

Memaparkan catatan dengan label REVIEW FILEM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label REVIEW FILEM. Papar semua catatan

Isnin, 23 Mei 2011

Review Nur Kasih The Movie

Salam kepada kamu semua.
Kali ni, teman nak bagi review ataupun kata seertinya komen
mahupun yang seerti-ertinya berkaitan drama yang pernah
menjadi fenomena rakyat Malaysia kita tercinta ini.
Filem Nur Kasih The Movie. Hasil kreatif penulis skrip,
Mira Mustaffa dan garapan pengarah yang mencintai
shot-shot permandangan indah, Khabir Bhatia.
Atas permintaan ramai, dan juga atas tanggungjawab insan
seni, Khabir Bhatia sekali lagi menerajui Nur Kasih di bawah
terbitan bersama Grand Brilliance, Film Scape Sdn. Bhd.
dan Viden Sdn. Bhd.

Poster Nur Kasih The Movie.
Kredit pada budiey.com

Filem ini berjaya membuat penonton seperti teman tersentuh
dengan jalan cerita dan dialog-dialog yang mendorong
masyarakat Islam kita supaya kembali ke jalan yang
diredhai Tuhan. Gandingan mantap watak-watak seperti
Aidil, Adam dan Nur sudah cukup membuatkan penonton terpaku
menunggu cerita ini sehingga ke akhirnya.
Teman suka cara pengarah ambil shot-shot
permandangan yang membuatkan kita rasa sungguh kerdil berada
di bumi Allah ini. Syabas buat pengarah dan krew-krew produksinya.

Antara sebahagian babak dalam filem ini.

Dalam kehebatan setiap filem, pasti ada kelemahan
dan kekurangannya. Yang kurangnya adalah tang babak
letup-letup tu. CGI nya agak kurang halus, tapi bagi teman,
teman faham.... Mungkin pengarah dah usaha sehabis
baik mencari editor CGI yang power power rangers punya.
Selain itu, ada lagi beberapa kekurangan yang teman pun
dah tak ingat, sebab layan sangat ceritanya pun.... hahhaiii....

Antara pelakon-pelakon filem Nur Kasih The Movie.
Kredit pada Blog Murni Atheerah Hamzah.


Tapi tak dinafikan, teman amat suka filem ini. Habis
terleleh jugalah air mata lelaki sejati teman ni. heEeee....
Nak buat macam mana kan, teman faham dan jiwai sangat
watak Aidil, yang abangnya tu kan? kan?
Teman paling suka dialog ni,

"setiap ujian adalah peluang kita mendekatkan diri dengan Allah..."

Memang power rangers lah si penulis skrip filem ini.
Sekali lagi tahniah dan syabas buat Mira Mustaffa serta
Khabir Bhatia dan krew tenaga produksi Nur Kasih The Movie.
Semoga kamu semua yang tak tengok filem ini pergilah
serbu-serbu panggung wayang kita tu
biar sampai overload
ya.


Ate kamu dah nengok filem ni? Ce ceghite, ce ceghite....


teman bagi 4**** (heEee....)

Sabtu, 22 Mei 2010

Review Filem Belukar

Salam pada anda semua...
Kali ini aku nak buat review sedikit mengenai
filem yang aku dah tonton tempoh hari.
Filem Belukar ini adalah hasil karya
pengarah serta penulis skrip muda, Jason Chong.
Belukar telah menampilkan Daphne Iking sebagai Eva
dan Bront Palarae sebagai Nik...
Menurut pandangan peribadi aku,
cerita ini sangat mengujakan kerana
pelbagai konflik telah digarapkan dalam cerita ini.
Selain itu, sebagai penonton,
susah untuk aku mendapatkan kepuasan dalam filem
kerana kadangkala filem kita... maaf cakap, kurang kualiti...
Ada yang cuba menghasilkan filem yang terbaik,
malah ada jua sesetengah pihak hanya mahu mengaut
keuntungan sahaja.
Aku tak boleh berhujah panjang dalam hal ini
kerana aku bukanlah
orang yang arif dalam bidang ini.
Aku cuma ingin memberikan pendapat sahaja.
Ternyata, cubaan Jason Chong kali ini berhasil
dengan menampilkan watak-watak yang baru,
kebanyakkannya di pegang oleh pelakon-pelakon yang
jarang diberi peluang beraksi di kancah layar perak.

Pengarah, Penulis Skrip & Lakon Layar oleh Jason Chong.



Poster Belukar yang mula ditayangkan 6 Mei 2010 yang lalu.



Berikut merupakan sinopsis filem ini.
Mengenal hati budi seorang insan biasa bukanlah satu perkara mudah.
Cuba bayangkan anda harus menyelami hati budi
seorang penipu professional.
Pernahkah seorang penipu jatuh cinta dan
bolehkah kekasihnya sendiri percayakan janjinya?
Sejauh manakah penipuan ini berterusan....
Eva adalah seorang penipu professional.
Tuntutan insurans yang melibatkan Eva
dalam 5 tahun ini berjumlah hampir melebihi 100 juta
dan kini Eva sedang disiasat oleh beberapa pihak.
Malangnya tiada seorang agen penyiasat insurans pun
mampu membuktikan Eva bersalah.
Tanggungjawab tersebut kini dipikul oleh Nik
iaitu seorang penyiasat insurans daripada
syarikat insurans ABG yang dihantar dari Eropah.
Dalam proses sisatan Nik itu, Eva telah jatuh cinta pada Nik
tanpa mengetahui identiti Nik yang sebenar.Namun Nik tidak percaya
akan keikhlasan cinta Eva.
Nik bergelut antara cinta dan tanggungjawab profesionalnya
iaitu membongkar penipuan Eva.
Adakah cinta Eva pada Nik ikhlas ataupun ianya juga satu penipuan?
Adakah Nik akan terus terperangkap dalam jerat cinta Eva
ataupun Nik berjaya mendapatkan kekuatan untuk membongkar identiti Eva?
Apakah kesudahan mereka?
SIAPA YANG MENIPU DAN SIAPA YANG TERTIPU ?




Daphne Iking memegang watak utama sebagai Eva.



Bront Palarae antara pemegang watak utama sebagai Nik.




Sebahagian pelakon-pelakon Belukar.( Gambar ketika soft launch event mereka.)


Belukar mampu memberi anjakan paradigma pada pengarah-pengarah
di luar sana supaya mencuba corak penceritaan yang baharu,
yang lebih rumit dan lebih complex. Semoga kita
bakal menikmati warna-warni yang lebih segar
dalam industri perfileman kita kelak. Insya Allah.

MaaS SalamaH Wa IlalliqA’



aku bagi 4 **** (hehe....)


Tin Klik-Kluk