Sekurang-kurangnya engkau telah usahakan apa yang terdaya, dan paling penting engkau berlatih untuk kembali back on track sebagai manusia yang kerdil lagi lemah ini. Proses yang dilalui ini perlu supaya terbiasa dengan fasa yang menyesakkan dada, lantas dapat bingkas bangun semula untuk menstruktur semula kehidupan. Siapa tahu, ada berlaku plot twist dalam skrip hidupmu kan?
Tin Besar
Tin Tong
Isnin, 26 Jun 2023
Surat Masa Depan 2030
Sekurang-kurangnya engkau telah usahakan apa yang terdaya, dan paling penting engkau berlatih untuk kembali back on track sebagai manusia yang kerdil lagi lemah ini. Proses yang dilalui ini perlu supaya terbiasa dengan fasa yang menyesakkan dada, lantas dapat bingkas bangun semula untuk menstruktur semula kehidupan. Siapa tahu, ada berlaku plot twist dalam skrip hidupmu kan?
Jumaat, 23 Jun 2023
Pesan Buat Kekasih - 6
Sesungguhnya hari ini merupakan hari kedua diri ini teruji.... dirundung nestapa dan kesayuan hati kerana telah di reject. Dan sebenarnya diri ini menoleh kembali, membelek helaian-helaian skrip hidupku ketika ingin memikat sang gadis yang ku rasakan dialah kan menjadi "...kaulah yang terkini, terakhir dan, selamanya." (Faizal Tahir, Bukan Yang Pertama, 2016). Namun kami seakan tak berjodohan, cuma yang pasti ku akui ku tetap mencari ruang dan peluang untuk membina semula perhubungan yang terlihat tiada masa depan ini. Hai kekasih hatiku yang rinduku mendalam, tidak tahulah apa nak dikatakan selain luahan yang saya akan berusaha keras untuk menjadi seorang jejaka yang lebih baik dari semalam dan memperbaiki apa yang terkurang dalam hidup saya. Dan terkadang terasa macam saya ini seolah tiada masa depan bercinta kerana selalu gagal. Tapi sahabat saya Fikri berpesan, "tolong jangan salahkan diri sendiri Mat. Dia manusia, boleh buat khilaf."
Rabu, 11 Mei 2022
Rasa Kosong 2
Kita ambil contoh keretapi.
Jika dulunya, RKI seumpama sebuah keretapi yang bergerak, ada misi, impian dan semangat yang menjulang-julang untuk dilakukan dalam hidup, tetapi keretapi yang bergerak itu kini terhenti. Barangkali tetap bergerak, cuma dalam kelajuan yang sangat perlahan. Dapat?
Katakan ambil contoh filem.
Jumaat, 20 Ogos 2021
Dine-in Boleh Tapi Berhati-hatilah Wahai Teman
Rabu, 11 Ogos 2021
Rasa Kosong, Feel Numb
Khamis, 15 Julai 2021
Pesan buat Kekasih - 5
Rabu, 17 Mac 2021
Lenyekan Omongan Hati (LOH 2021)
Setiap yang kita lalui ini tak semudah yang kita sangka.
Kita mungkin bergembira di khalayak ramai, namun adakalanya apa yang kita rancang itu tak selalunya berpihak kepada kita.
Ini antara perkara yang perlu dilalui apabila sudah meningkat dewasa.
Segalanya perlukan fokus pada tahap tertinggi dan pada masa yang sama, perlu untuk kawalan imbangan perasaan pada tahap tertinggi.
Itu tidak termasuk bagaimana untuk mengawal kesabaran, mengawal perasaan dan rasa gundah yang datang tanpa memberi salam.
Ya, banyak orang berpesan untuk kita terus bersabar tapi persoalannya adalah;
Jika kamu berada dalam tempat aku, dan di dalam keadaan seumpama itu, adakah dirimu dapat bertahan dan kekal bersabar dikala kau terpaksa tahan daripada rasa amarah yang membuak-buak?
Jika kamu disuruh untuk melakukan tugasan, sedangkan kamu seperti boneka yang hanya dikawal tanpa diberi kebebasan untuk kreatif dalam karyamu?
Semua itu adalah sebahagian skrip hidup yang kamu perlu alami....
Apabila kamu memakai kasut;
D
E
W
A
S
A