Uniknya, berita ini dikhabarkan oleh adik aku, setibanya dia pulang merantau daripada Kota Metropolitan dan tanah moden, Putrajaya. Bukan senang untuk hasilkan surat ini. Sudah dikarang sejak zaman Singapura lagi (2017), namun terlupa tulis dan pos lalu ditunda sehinggalah tahun ini. Surat itu dikirimkan daripada Thailand, atas sebab berpeluang mengembara di sana, hampir 2 minggu lalu. Bukan apa, aku sendiri meletakkan surat itu hendaklah dikirimkan dan mendapat setem luar negara, maka misi tersebut memakan masa yang panjang.
Itu satu perkara. Satu lagi perkara adalah bagaimana sekiranya poskad yang ku kirimkan pada si dia juga tiba pada tarikh ini, hari yang sama surat masa depan 2030 ku itu?
Persoalan ini masih menjadi tanda tanya dan apa yang mengujakan diri ini adalah semakin hari, aku sudah semakin melepasi fasa recovery dalam hidupku. Hampir 4 hari lamanya aku terduduk, frust menonggeng orang kata akibat di tumbuk dunia, lebih tepat mendapat perkhabaran bahawa perhubungan aku tidak boleh ke peringkat seterunsya. Apalah nasib.
Namun begitu, aku pasti dan yakin bahawa semua takdir ini Allah dah tulis. Lebih-lebih lagi perasaan semakin baik apabila dihadiahkan rakan sekeliling yang positif, yang meniupkan semangat lantas tidak penat-penat memberi pesanan supaya aku terus kuat, buat istikharah malah banyakkan berdoa. Tidak kurang juga berpesan untuk suruh move on dan mencari pengganti.
Tidak apa wahai Koriie.
Sekurang-kurangnya engkau telah usahakan apa yang terdaya, dan paling penting engkau berlatih untuk kembali back on track sebagai manusia yang kerdil lagi lemah ini. Proses yang dilalui ini perlu supaya terbiasa dengan fasa yang menyesakkan dada, lantas dapat bingkas bangun semula untuk menstruktur semula kehidupan. Siapa tahu, ada berlaku plot twist dalam skrip hidupmu kan?

Ingat kawan, dalam hidup ini jangan bersedih terlalu lama, kerana masa kita semakin suntuk. Jadi, teruskan hidup dan bersemangatlah ya!
psst: Pesan kat diri sendiri juga ni. :)