Tin Besar

Tin Tong

Isnin, 5 September 2011

Tutor Sambilan - Subjek Cinematic Communication


Salam Lebaran buat semua pengunjung Blog RKI.

Dah kenyang makan ketupat? Rendang? Atau lemang? Kalau sudah,
syukur pada-Nya.
Sebabkan dah kenyang,
teman nak buka kelaslah
pada pagi ni, sejuk menggeletor bebenor bak kata rakyat-
rakyat Negeri Perak yang loghatnya begitu. :D

Mari kita mulakan pelajaran kita pagi ini dengan
bacaan Basmallah.... (JEDA sebentar) Amin.... Sekarang
kita akan belajar pelajaran baru iaitu, subjek
Cinematic Communication
. Subjek yang punyai
pelbagai cabang makna dan ideologi mengenainya.
Para perantau ilmu sekaliannya.... Tahukah kamu
makna Cinematic Communication itu apa?
Faham apa yang ada di dalamnya? Mari teman
kupaskan sedikit demi sedikit.

Apa yang kita dapat lihat, subjek ini mengupas sedikit
sebanyak mengenai konsep-konsep kajian yang
mendalam terhadap filem, ataupun dalam bahasa
mudahnya, kita ingin kupas dan kaji mengenai
bahasa filem dan makna setiap pergerakan, malah
setiap inci dalam sesebuah frame. (yakni paparan
yang ada di dalam skrin) Cinematic Communication
menurut Masz Hamzah, 31 Mei 2011, adalah suatu
interaksi yang nyata & tersembunyi dengan elemen
sinematik. Interaksi yang nyata & tersembunyi di
sini jika dihuraikan dengan bahasa mudah adalah
suatu jalinan antara benda-benda konkrit dan benda-
benda abstrak dengan sinematik itu sendiri. Hal ini
jelas membuahkan suatu petanda serta petunjuk
bahawa pembelajaran dalam bidang filem bukanlah
hanya seperti ilmu murahan semata-mata tetapi
penuh dengan huraian dan teori-teori berilmiah
yang dipelopori oleh segenap masyarakat yang
berlainan agama, berbilang bangsa, budaya
serta cara hidupnya yang unik dan tersendiri.

Dalam subjek ini, ada beberapa konsep yang kita perlu
kupas dan pelajari. Berikut adalah konsep-konsepnya.

1- Cinematic Conventions.
2- Cinematic Perceptions.
3- Cinematic Time.
4- Cinematic Space.
5- Cinematic Style.
6- Cinematic Dreamscapes / Dreams.
7- Cinematic Existence.

Setiap konsep, ada sub-sub konsepnya.
Ibarat setiap rumah, ada pintunya
yang tersendiri.... bahkan setiap pintu
di dalam rumah itu pula, ada lagi pintu
buat bilik-bilik dalam rumah tersebut.
Begitulah jua teman boleh gambarkan
dalam sampan pembelajaran kita
untuk mendayung subjek
Cinematic Communication ini.

Untuk itu, teman hadiahkan
sedikit rujukan buat kamu
semua yang dahagakan
ilmu. Boleh rujuk di
bawah entry ini.

Akhir kata,
semoga kita bertemu lagi
di kelas yang seterusnya....
Tutor Sambilan.... Subjek
Cinematic Communication.
Itu pun kalau ada
permintaanlah daripada
pembaca blog RKI ni ya.
Sekian, Salam Lebaran
kembali....
yeayy!



Rujukan.

Agacinski.S. (2003). Time Passing: Modernity & Nostalgia.Trans. Jody Gladding. European Perspectives: A series in social thought and cultural criticism. Ed. Lawrence D.Kritzman. New York: Columbia .2003

Wall, T.C. The time image. Deleuze: Cinema and perhaps language. Salon Journal. Vol.8(23). July 2004.

1 ulasan :

Unknown berkata...

Salam tuan, boleh saya dapatkan artikel dalam bahasa melayu berkaitan Deleuze dan sinema. Sekarang saya dalam penulisan PhD mengenai pemikiran Deleuze dalam filem. Terima kasih tuan

Tin Klik-Kluk